Monday, May 2, 2011

Masyarakat ...

comel tak? Alaa, cakap la comel. Bawah tu boyfriend aku

Huh, keluhku kuat. Aku penat dengan hidup Tapi aku tidak bermaksud untuk memberhentikan jalan yang jauh. Bukan maksud ku untuk berpatah balik, lalu hilang. Cabaran. 

Aku dulunya bukan seorang perngguna tudung. Aku tak kisahlah jika kau hendak guna tudung atau tidak. Tetapi bagi aku, kalau dah guna tudung tu janganlah lain hari entah menghilang kemana tudung tu. Kalau yang tak guna tudung dan teruskan atau berubah menggunakan tudung, itu masih boleh tikatakan "OK". Musnah.

Aku pernah mengenali seorang hamba Allah yang cantik paras rupanya. Entah kenapa satu hari ni, dengan sengaja dia meletakkan gambar profile picture nya tanpa tudung. Ah, aku terkejut.

Sebelum ini gambarnya selalu dikenakan dengan shawl. Indah manis wajahnya. Diselaputi dengan keayuan yang ada. Aku tercabar. Aku juga ingin menggunakan cara tudung musim sekarang. Tudung ala-ala Hana Tajima. Aku akur dengan kata hati. Buat pertama kali, aku menggunakan pashmina. Cara-caranya aku ikut di YouTube. Sekarang ni aku masih dengan pendirian aku, bertudung.

Huh, keluh ku lebih kuat. Kenapa seseorang yang aku kenal. Wahh, gedik. Dulunya, konon alim. Alim bagaikan orang yang tuap-tiap hari dok tak lepas punggung kat masjid tu ha. Sekarang ni, semua kau layan. Lelaki, perempuan yang entah apa-apa., kesal aku mengenalimu.

Tahun lepas, aku ada kawan. Dia baik. Ya Amat dia baik. Sebelum aku kawan dengan dia, dia jahat bagi aku. Dia bagaikan musuh utama. Aku membencinya. Sejak akhir tahun, aku mula rapat. Kami erat, bagai isi dengan kulit. Aku sayang dia. Ah, aku tak dapat lepaskan dia. Tahun ni aku menduduki ujian SDKA. Sijil Darjah Khas Agama. Aku amati perangainya sikit demi sikit. Banyak demi banyak. Ah, kau sekarang berubah.. Kau bukan kawan aku yang dulu. Kau menggedik Ya Amat. Sumpah seranah aku dalam hati untuk kau. Memang kesal. Aku lemah. Tidak aku sangka. Kau dengan kekasih kau, bukan main 'saya awak' , 'I You' , 'Sayang sayang' . Ini bukan drama. Ini alam realiti. Aku mula membenci kau sayang :')

Dulu hariku berwarna-warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori

Aku suka part tu dalam lagu Selamat Tinggal. Zizan ft Dina. Okay, sumpah aku amati liriknya. Memang aku faham. Kawan aku sekarang, aku selesa. Aku suka hidupku sekarang. Aku suka naik bas bila pergi dan balik sekolah. Menyeronokkan. Lagi-lagi apabila dapat kawan yang pandai buat bising. Ya seperti kata guru-guru ku, "Kelas 1A ni memang bising". Sudah banyak kali mereka menasihati kami, aku faham, aku juga terharu. Tetapi ternyata kelas kami memang tak dapat nak senyap. Cubaan.

Hari ni hari cuti. Cuti pekerja. Tetapi murid turut cuti. Okay, selamat tinggal. Post aku akan bersambung Jumaat minggu depan. Assalamualaikum.


No comments: