Saturday, April 30, 2011

Bermulanya Erti 'Sahabat' Dalam Hidup Aku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


2003

       "Comel nye". Iya, perkataan yang keluar dari mulut mak ayah aku. Tidak aku lupa. Berseragam sekolah tadika. Semesti secomel ikan buntal. Pada masa itu aku masih seperti bola, belon angin yang berterbangan sekali imbas. Tidak obes yang pasti.

       Aku dengan berani masuk ke tadika, aku senyum. Melihat kawan lain. Salam perkenalan. Aku budak-budak biasa, yang pasti hanya seorang yang aku pandang. Yang aku tenung, yang aku pasti aku akan dekati murid berumur 6 tahun. 1 tahun lebih tua dariku.

Izzati.

       Masih aku ingat, dia lah budak itu. Dia budak yang duduk di sebelah ku. Aku senyum memandangnya.

"Hai, nama awak siapa?" suara kecil ku bergema perlahan.

"Nama saya Izzati. Awak?" aku tahu dia berani, dia baik dan ramah

"Saya Filda, saya nak jadi kawan awak boleh tak?" suara ku pelat, tidak aku lupa detik, saat itu.

       Sumpah! Aku tak lupa akan dia. Aku berani, sebab hanya dia yang aku kawan. Kami main bersama. Saat yang paling aku suka, sewaktu aku masih tidak matang. Aku membenci sorang murid, nama dia Fara. Entah kenapa, mungkin aku tak rapat dengan dia.

        Dulu aku dan Izzati ketawa riang, kami sering menukar reben yang ada di kepala. Aku menggunakan rebennya dan dia menggunakan reben aku. Comel dan manis terlihat apabila senyumannya memancar ke mata ku.

       Waktu makan, aku tidak gemarkan sayuran. Bukan sekadar tidak gemar, malah membenci. Aku tak tahu, yang aku tahu 'Makan Tanpa Sayur'. Kau tahu siapa yang mengambil sayur yang aku tidak suka itu? Selalunya Izzati atau guru kesayanganku, Cikgu Midah. Selalunya mereka yang makan sayur tersebut. How sweet :')

15.5.2003
       Khairul Miqail , lahirnya adik aku. Aku tidak bersekolah. Aku tidaklah rapat dengan dia, kami sering bergaduh. Itu perkara biasa. Tidak menyusahkan.

       Datangnya adik aku, aku mulai rapat dengan saudaraku yang lain. Sebelum itu, aku tidak kenal erti saudara. Aku tidak tahu yang aku ada saudara. Aku tinggal di rumah mak cik ku selama 7 tahun. Hingga umurku mencecah 11 tahun. Yaa masih aku ingat jasa baiknya. Memasakkan makanan kegemaran ku , Ikan Sambal.

       Anaknya yang sebaya dengan aku. Alia atau lebih senang dipanggil Ya. Ya ni lebih matang dari aku. Fikirannya lebih jauh beza berbanding aku. Itu kerana dia mempunya dua orang kakak. Aku? Hanya mempunya seorang adik, kawan, saudara. 

       Aku tidak hiraukan semua itu, dahulu aku peramah. Sekarang aku bagaikan nyamuk yang menghisap darah. Dahagakan pembulian. Aku tidak tahu. Makin aku besar. Makin menjadi-jadi. Kata-kata orang tua ku. Tidaklah aku buli sehingga mangsa berhenti sekolah. Hanya sekadar menge'paw' mereka. Itupun hanya kawan sekelas aku sahaja.

       
Sekarang aku kenal erti kematangan. Aku kenal erti berdikari. Aku kenal erti sahabat.


No comments: