Monday, April 25, 2011

Hari Ni Tak Perlu Bawa Ke Hari Esok

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Gambar diatas mungkin tak ada kena mengena. Tak kira kau atau aku. Tetap tak dilibatkan dengan gambar diatas. Cukup sekadar hiasan. Kay Cut It Out!

Hari ni hari Isnin. Jadi seperti biasa, selepas sukan pasti ada saja kes 'rebutan padang pasir' di hadapan blok B. Ia, lagi sekali aku memaksa Shafiqah supaya berada di sebelah aku. Tak hendaknya aku nak dengan Diana. Bahaya barangkali.

       Seperti biasa, guru tugasan minggu lepas dipanggil untuk berucap kes-kes minggu lepas. Tak nak kalah, dapat jugak 10 minit. Kesnya seperti tidak membawa buku teks. Aku tahu cikgu pasti memerli kelas aku. Sebab tadi 'Haziq Hussin' tak bawa buku sejarah. Jadi apa lagi, cikgu Rosnan pantas melihat didalam beg Haziq. Dilihatnya seperti ayam hilang telur. Pelik, kenapa hanya ada satu buku teks. Padahal hari ni ada 6 subjek tak termasuk sukan.

       Selepas itu, acara kelas paling bersih dan terkotor. Bila sahaja cikgu menyebut "1". Dengan pantas kelas Bestari disebelah aku menjerit. "1B 1B". Heheh, cikgu kata "1A". Iya kelas aku, aku bangga. Tetapi selepas itu terdengar lagi hujahnya, "Kelas mereka disediakan rotan. Ya itu markah bonus untuk kelas mereka. Kenapa awak semua tak nak sediakan rotan yang lebih sedap lagi di dalam kelas masing-masing?". Semua gelak. Perli.

       Tiba-tiba penolong kelas 1B bising "Alah, baru satu kali. Kelas kitorang dah 3 kali" Dalam hati aku 'Hehh, ingat kesah la?'. Tu pun nak riak? HAHA, aku gelak.

       Selepas tu, hujah penyelia petang pula berucap. "Encik Bohari" atau senang digelar 'guru baru garang'. Murid-murid barangkali agak gentar. Tetapi tidak aku, kerana aku sudah biasa dengan guru seperti itu. Iya tak nak kalah juga. Lebih kurang 10 minit masa dihabiskan. Aku tak ambik tahu apa yang dihujahkannya.

       Sebelum balik, semua murid disuruh membaca ikrar sekolah dan negara. Nyanyian lagu Negara Ku berkumandang, ingatkan aku sudah mendung, rupanya tekaan aku salah. Sudah hampir 'burung pulang ke rumah' rupanya.

       Seperti biasa aku merebut masuk ke bas Cik Din. Ahh sejuk nya. Tetapi tidak aku hiraukan, tempat duduk aku dah dijaga oleh Shahira Dear My Friend. Aku duduk kat belakang Aidil, kawan aku dari facebook. Aku kenal dia sebab dia patah kaki waktu hari pertama masuk sekolah.

"Filda"

       Tegurannya memecehkan kesunyian dengan suaranya yang garau tetapi kecil. Ya, aku menyuruhnya menegur aku kerana dia ni 'tak gentle'. Dia ni penakut, pemalu. Tu sebab aku sengaja nak 'mengacau' dia. Haha, padan muka lah kan. Aku hanya 'senyum' dan ketawa kecil mula menyedarkan Shahirah. Dia hanya diam.

       Setelah sampai di depan rumah (KKTM), Haziq Syahmi dan Haikal Hakim atau lebih dikenali dengan "Bandot" ( Bandot-Bapa Kambing ) berada di pintu bas. Aku bersuara "Kau ketepi lah weh, dah tahu duduk di depan pintu bas bukan tahu nak mengalih. Makin memadatkan adalah!". Lalu pergi meninggalkan bas.

       Setelah sampai di rumah, aku buka blog dan menulis lah post ni. Untuk memanjangkan lagi aku taip lah bahasa novel dan ini. Jadi SEKIAN :)


       

No comments: